JALAN KOSAS 3/9, TAMAN KOSAS
Ampang, Selangor
68000 Malaysia.
Tel: 60342934089
Search: 
SK Taman Kosas

About School
 

SK Taman Kosas, Ampang 


Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas
68000 Ampang Selangor
 
 
Sekolah Kebangsaan Taman Kosas telah ditubuhkan pada 15 hb Jun 1992.
 

Perkataan KOSAS diambil sempena nama pemaju yang membangunkan kawasan ini iaitu Koperasi Anak-Anak Selangor
 

Terletak di kawasan seluas 3 ekar. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah kawasan perumahan yang sedang berkembang pesat.
 

Pada peringkat penubuhannya, sekolah ini menampung seramai 967 orang murid dengan tenaga pengajar 34 orang guru dan seorang Guru Besar.
 

Kini, sekolah ini telah berkembang pesat sejajar dengan pembangunan di kawasan sekeliling. Wujudnya kawasan-kawasan perumahan seperti Taman Bukit Indah, Taman Ampang Indah dan Taman Rasmi Jaya secara tidak langsung bilangan murid turut mengalami perubahan yang begitu drastik.
 

Beberapa blok bangunan baru telah dibina demi menampung kebanjiran murid-murid yang tinggal di kawasan berhampiran. Beberapa kemudahan pembelajaran telah disediakan seperti Makmal Sains, Makmal Komputer dan Bengkel Kemahiran Hidup.
 

Di samping itu, wujudnya beberapa Pondok Bacaan hasil sumbangan masyarakat setempat turut mewarnai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.
 
 

 VISI


SKTK sebuah institusi
pendidikan yang unggul bagi melahirkan
insan yang cemerlang dari segi kurikulum,
kokurikulum, sahsiah serta celik IT
selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
MISI
. Menyediakan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif
. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran terancang dan berkesan
. Melaksanakan pembelajaran berbantukan komputer
. Menyediakan kemudahan Pembelajaran Kendiri yang lengkap dan bermaklumat
. Meningkatkan sahsiah murid melalui program nilai murni yang berterusan
. Memberi peluang kepada murid-murid mengikuti aktiviti kokuriklum berterusan mengikut kebolehan dan potensi murid
 
 
 
 


Created by Edunet.com.my & SK Taman Kosas
Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
JALAN KOSAS 3/9, TAMAN KOSAS Ampang
Selangor, 68000 Malaysia.